05 July 2007

Power Supply

Arus
Terdapat dua jenis arus elektrik iaitu arus ulang alik (alternate current) dan arus terus (direct current). Arus yang dibekalkan dari soket dinding adalah arus ulang alik. Arus ulang alik ini pula terbahagi kepada dua kategori iaitu 115V 60Hz dan 230V 50Hz. Di Malaysia, arus yang dibekalkan adalah 230V 50Hz.

Fungsi Power Supply
Power supply berfungsi untuk menukarkan jenis kuasa elektrik dari soket dinding (arus ulang alik) kepada jenis yang diguna pakai oleh litar-litar di dalam komputer (arus terus).

Pemilihan Power Supply

  1. Memilih power supply bagi bekalan kuasa 230V 50Hz (untuk kegunaan di Malaysia).
  2. Power supply yang tidak sesuai boleh menyebabkan komponen-komponen di dalam PC tidak berfungsi (malfunction) dan menjadi rosak.
  3. Ini disebabkan oleh voltan yang tidak sesuai dibekalkan oleh power supply.
  4. Kekisi atau casing yang mempunyai banyak ruang untuk penambahan drive tidak bermakna power supply yang digunakan boleh menampung kesemua drive tambahan yang terdapat di dalam kekisi tersebut.
  5. Jangan hanya menilai rekabentuk luaran sahaja apabila membeli kekisi komputer, tetapi berilah perhatian kepada power supply yang disertakan di dalam kekisi tersebut.
  6. Di antara jenama yang dicadangkan ialah Astec, PC Power dan Cooling.

Power Supply Form Factor
Form Factor ialah bentuk fizikal sesuatu komponen. Contohnya, kereta mempunyai beberapa form factor seperti sedan dan aeroback. Kedua-duanya adalah kereta, tetapi bentuk fizikalnya adalah berbeza.

Power supply mempunyai 7 form factor yang memenuhi standard industri. Lima daripadanya diperkenalkan oleh IBM, manakala dua oleh Intel.

Kesemua power supply yang diperkenalkan oleh IBM mempunyai penyambungan jenis AT, manakala yang diperkenalkan oleh Intel menggunakan penyambungan kuasa jenis ATX.

Power supply yang menggunakan penyambungan jenis AT telah pupus dan tidak dikeluarkan lagi kerana motherboard yang ada di pasaran sekarang menggunakan penyambungan kuasa jenis ATX. Terdapat dua power supply form factor yang menggunakan penyambungan kuasa jenis ATX iaitu ATX power supply dan SFX power supply.

Apakah perbezaan di antara ATX dan SFX? ATX power supply terlebih dahulu diperkenalkan iaitu pada tahun 1995. SFX power supply diperkenalkan untuk kegunaan motherboard dan casing yang bersaiz kecil. Kelemahan SFX power supply ialah ia tidak mempunyai ATX auxiliary power connector dan ATX 12V power connector.